Wednesday, August 31, 2011

apa yang kau telah buat?

Semasa aku berada di US November tahun lepas, di salah sebuah dari beratus kafeteria google di office di seluruh pelusuk dunia, aku duduk semeja dengan beberapa rakan sekerja tempatan yang baru aku kenal. Waktu itu adalah waktu makan tengah hari, dan kafeteria sangat sibuk dengan semua staff baru mula hendak menikmati hidangan.

Dalam salah satu conversation tu aku ditanya bagaimana suasana di amerika. Aku hanya menjawab "When i first got here, I'd say gosh I hate america..." belum sempat aku habiskan ayat, serta merta kafeteria menjadi sunyi, semua mata (dalam empat puluh rasanya) berpaling memandang tepat ke arah aku - dengan wajah serius. Aku terdiam seketika, suasana sangat sunyi dan "ibarat malaikat lalu" adalah paling sesuai untuk describe keadaan pada ketika itu. "... because of the weather, it's too cold but after a while i thought it wasn't that bad. As a matter of fact I kinda like it".

Itulah apa yang aku sebenarnya maksudkan, dan apa yang aku nak cakap. akan tetapi aku rasa aku dah tersalah pilih ayat pembuka kata. Aku tahu aku tak sepatutnya guna ayat sebegitu. And i really feel bad about it. Tapi itu membuktikan satu - semasa mata mereka memandang ke arah aku, aku dapat baca - itu bukan pandangan untuk dapatkan explanation - tapi itu adalah pandangan tak puas hati, pandangan yang cukup memberi mesej mereka sangat sayangkan negara mereka dan seolah-olah tidak percaya dengan apa sebab pun untuk aku membenci amerika.

Aku sudah tonton drama bersiri HBO "Band of Brothers" dan "The Pacific", hasil nukilan dari kisah sebenar askar marin amerika yang menempuhi perang dunia I and II. Mungkin anda pun rasa apa yang aku rasa - mereka sengaja tokok tambahkan cerita seolah-olah rakyat mereka sangat tulus ikhlas untuk mati demi mempertahankan negara mereka. Tapi dari apa yang aku alami di atas, dan beberapa yang lain~
  1. Ramai rakan sekerja aku pernah berkhidmat dalam tentera semasa kempen US di negara-negara luar di dunia sebelum beralih karier ke industri swasta;
  2. Anak bekas manager aku sendiri yang masih berkhidmat di Afganistan, dan dia sangat-sangat bangga akan apa yang dia telah korbankan.

OK lupakan sebentar argument anda pasal siapa salah dan pihak mana yang benar. point is - mereka sangat sayangkan negara mereka dan itulah apa yang mereka percaya sekarang.

Somehow aku dapat rasakan apa yang berlaku di dalam drama bersiri HBO tersebut adalah benar, dan itulah semangat anak watan mereka walaupun negara mereka tidak pun dicerobohi pada masa itu, tetapi mereka percaya mereka perlu bangkit dan berkorban untuk menjaga tanah air mereka sebelum diserang kembali seperti peristiwa Pearl Harbor.

Sedikit demi sedikit aku mulai rasa hormat atas pendirian mereka yang ikhlas berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara - walaupun terdapat banyak dari kalangan mereka yang tidak percaya mereka patut berada di eropah dan kepulauan pasifik ketika perang tersebut berlangsung (lihat kembali drama tersebut).  And even now selepas kempen di Iraq dan Afganistan yang mereka berjaya peroleh kemenangan mudah menunjukkan yang semangat itu masih ada dalam diri mereka.

Tapi kenapa di Malaysia (negara Islam yer, or majoriti penduduk Islam) seolah-olah lain pula ceritanya? Aku teringat dulu aku pernah baca poll di akhbar harian beberapa tahun lepas "Are you willing to sacrifice your life for Malaysia?" Dari sepuluh correspondent, hanya seorang yang nyatakan yang dia sanggup untuk berkorban (aku masih ingat, perempuan bangsa Cina dari Kuala Lumpur). Aku cuba mencari kembali keratan akhbar berkenaan yang aku simpan dalam longgokan barang dalam bilik stor, tapi gagal menemuinya.

OK, aku tak salahkan mereka yang taknak maut demi negara. Aku takkan judge dan aku takkan paksa mereka untuk percaya apa yang aku percaya. Namun aku semakin sedih bercampur marah dengan apa yang semakin berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


  • Kalau ya pun lagu "Negara Ku" adalah berasal dari "Mamula Moon", kenapa ada yang sanggup jadikan ia alasan untuk terus enggan menghormati anthem negara?
  • Kalau ya pun anda tak suka parti pemerintah UMNO, perlukah anda cop anak watan kita sebagai pengganas atau bukan pejuang yang sebenar - for the sake untuk blame UMNO sekarang yang anda percaya sudah tidak releven, anda sanggup menarik sama para pejuang wataniah yang tidak enteng menuntut kemerdaan dan maut demi negara just because they happened to be on UMNO side 50-80 years ago?


Dari analisis aku pada limited capacity, ini adalah tidak lain tidak bukan adalah datang dari segelintir manusia yang sangat taksub pada matlamat peribadi sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk menjadi pengkhianat demi "perjuangan suci untuk selamatkan negara Malaysia", 2.0

Let me tell you, pengganas komunis was real, and heroic failure of Malayan police defending bukit kepong was acknowledged, Suruhanjaya Reid was real. Rombongan Tunku Abdul Rahman to London was real and Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957 was real too.

Ini adalah apa yang mereka telah buat, and apa yang anda telah rasai dan nikmati sekarang. Tidak mudah untuk berkorban untuk negara, atau ada guts (telur dalam bahasa melayu nya) untuk bangun dah berbuat sesuatu untuk negara. Just because mereka kebetulan ada di side yang anda tidak suka di tahun 2011 tak bermakna apa yang diorang buat itu semuanya salah (hence sebab anda gagal ke putrajaya).

Tell me - apa yang kau telah buat?

Salam kemerdekaan di Aidilfitri 2011.


0 comments: